
Sulit
4 tahun
Kencing kerap dan kencing malam
Saya wanita 15 tahun yang mempunyai masalah kencing malam dan kerap kencing untuk waktu siang.apakh punca saya kerap kencing ye dokter dan bagaimana saya mahu tawarnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap kencing yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
- Kesan strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Untuk info lanjut tentang masalah ini secara mendalam, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih