Sulit
4 tahun
Kencing Kerap sangat :(
Salam dr, saya lelaki dan baru berusia 17 Tahun.
saya mengalami masalah kencing yang amat kerap, kekadang setiap jam saya perlu buang air kecil. masalah ini juga mengganggu tidur saya apabila saya harus bangun lebih kurang 2-3 kali hanya untuk membuang air kecil.
Perkara ini dah berlarutan hampir 2 bulan. saya dah buat ujian darah dan air kencing dan keputusannya masing² tidak menunjukkan sebarang masalah ( air kencing saya juga tiada jangkitan kuman ).
sejak 3~4 hari lalu, saya merasakan selalu dahaga. kekadang baru sahaja minum air tapi masih rasa lagi dahaga.
saya juga perasan yang urat saya timbul dan dapat dirasa dibahagian celah peha. Adakah ini tanda urat kembang ?
semoga DR ada jawapan untuk perkara ini. saya takut ini tanda gangguan prostat :’(
Terima Kasih Doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kerap kencing, antaranya:
- Gejala penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































