
nordinisahari
5 tahun
Kencing kotor ganggu UPT
Salam sejahtera doctor .
Saya ingin bertanya boleh kah kencing kotor menganggu bacaan UPT dengan mengakibatkan UPT menjadi positif ?
Kerana saya buat UPT di rumah kputusan nya positif tetapi bila pergi ke klinik kesihatan kputusan menyatakan negatif dan cuma ada kencing kotor . Terima kasih doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Maka, sekiranya hasil tes positif maka bererti persenyawaan telah terjadi. Sekiranya negatif bererti tiada persenyawaan terjadi. Lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Untuk konfirmasi lanjut, sekiranya anda masih ragu, anda boleh mendapatkan scan untuk melihat isi rahim anda.
Justeru, memandangkan hormon adalah sejenis protein, sementara kencing kotor adalah disebabkan oleh bakteria, maka kencing kotor tidak menganggu hasil tes UPT.
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.