
Sulit
4 tahun
Kencing manis , bacaan gula dan kerap mengalami hypo
Saya brumur 29 dan mnjaga ayah yg mnghidapi kencing manis dan diberi insulin 4kali sehari…pagi , tghari , sblm mkn malam dan sebelum tidur…baru² ni ayah saya kerap mengalami hypo atau tidak sedarkn diri ketika tidur skitar 3 4 pagi…hal ini terjadi di sebabkan ayah saya kontrol pemakanan kerana doktor kata ayah saya sudah ada penyakit buah pinggang dan dminta mnjaga pemakanan supaya tidak perlu dialisis…pagi tadi sudah brjumpa doktor dan doktor nasihatkn supaya mengurangkn dos insulin tetapi jgn skip insulin dan check bacaan gula…soalan saya jika bacaan gula skitar 4.8 - 5.3 perlu ke cucuk insulin sebelum tidur…takot terjadi hypo lagi…harap doktor dapat membantu…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang sedang dialami. Berdasarkan kenyataan anda, perkara ini harus dirujuk kepada doktor yang melihat dan merawat ayah anda kerana ia berkaitan dengan dos ubat dan bacaan gula.
Sekiranya anda risau tentang risiko hipoglisemia semasa sedang tidur (nocturnal hypoglycemia), anda boleh memberikan ayah anda sedikit snek karbohidrat sebelum tidur. Namun begitu, perkara ini perlu dibawa berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Ayah anda perlu patuh kepada dos dan rejimen insulin yang telah diberikan oleh doktor.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga boleh mendapatkan pandangan kedua dengan menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.