
Sulit
5 tahun
Kencing manis Dan tanda tanda
Sanitizer
Periuk
Sabun qaseh cj
Tag dapur eco
Balang kosong I
Lada giling
Mknn eco
Ayam bsar
Telur
Stew ayam
Cndawan shitake
Udang
Saya mempunyai sejarah kencing manis (insulin) semasa hamil. Setelah bersalin Dan anak saya berumur 7 bulan, saya dapati seluruh bdn saya sering gatal2 Dan terpaksa makan ubat tahan gatal setiap kali gatal2 menyerang kulit sy. Saya jg kerap kencing wlaupun tidak byk minum air… Baru2 ini, bahagian ketiak saya tiba2 menghitam seperti berkerak Dan lebam. Adakah saya mempunyai kencing manis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala diabetes adalah seperti:
- selalu rasa dahaga lebih daripada biasa
- kencing terlalu kerap
- selalu berasa lapar
- penglihatan kabur
- mudah letih
Untuk menentukan jika seseorang itu menghidapi penyakit kencing manis, doktor perlu menganalisa simptom, bacaan gula sebelum dan selepas minum air gula atau kadar HBA1C dalam darah yang menunjukkan bacaan gula dalam darah untuk 3 bulan sebelum ujian tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.