
Sulit
3 tahun
Kencing sakit dan keluar seperti nanah tetapi tidak berbau nanah
Saya lelaki berumur 22 thn, saya mengalami kencing yang pedih dan zakar keluar seperti nanah tetapi tidak berbau nanah sejak seminggu yg lalu. Adakah ia disebabkan luka dalaman atau penyakit kronik?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Karang di dalam salur kencing
- Kecederaan pada salur kencing zakar
- Radang prostat ( prostatitis )
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sukar untuk kami katakan berapa tempoh yang diperlukan untuk sembuh kerana beberapa faktor perlu diambil kira dan ia juga berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Jangan lengahkan waktu berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah ini:
- Demam
- Perasaan seperti tidak puas membuang air kecil
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Aliran air kencing perlahan
- Sakit perut atau sakit di kawasan ari-ari
- Air kencing bercampur nanah dan darah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.