
Sulit
5 tahun
Kencing saya tak lawas dalam lebih kurang seminggu lebih. saya minum air banyak tapi masih berlaku benda yg sama. jika saya tak minum air pun tetap sama keadaannya
sayaberumur 19 tahun, saya dah seminggu alami kencing yang tidak lawas. saya rasa nak terkencing tapi bila saya ke tandas, kuantiti air kencing yang keluar dalam beberapa titik sahaja. selepas keluar toilet, saya rasa tak selesa seperti rasa ingin terkencing lagi. apa masalah sakit ini ya dan apa rawatannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
Masalah batu karang
Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Masalah prostat
Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.