
Sulit
4 tahun
Kencing tak lawas dah lebih seminggu
Doc adakah kencing tak lawas tu sebb jangkitan kuman.saya kencing tak sakit tapi kerap kencing dah air kencing tak banyak dan tak kurang.saya ni kencing tak lawas e doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, kencing tidak lawas adalah rasa kencing yang tak puas dan seperti masih ada air kencing yang belum habis dikeluarkan. Manakala masalah yang anda alami adalah, kerap kencing yang boleh disebabkan oleh:
Penyakit kencing manis
Terlalu banyak minum air
Masalah prostat
Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Radang pada pundi kencing
Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Manakala gejala yang merujuk kepada jangkitan saluran air kencing adalah seperti:
- Sakit semasa membuang air kecil
- Sakit pada bahagian bawah perut
- Kerap rasa nak kencing walaupun kuantitinya sedikit
- Kencing berbau busuk
- Air kencing mengandungi darah
- Sakit ketika melakukan hubungan seks
- Air kencing keruh
- Demam dan menggigil.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini sangat menggangu anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.