
Sulit
4 tahun
Kencing tak lawas dan kerap kencing diburukkan jika duduk dalam kenderaan yang berhawa dingin
saya berumur 25 tahun…mengapa pundi kencing saya terasa selalu hendak kencing…sudah kencing lima belas minit kemudian terasa hendak kencing kembali…dan air kencing yang keluar hanya sedikit tetapi masih terasa di pundi kencing ada air lagi …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kencing tidak lawas. Untuk makluman anda, masalah kencing tidak lawas dapat disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Pundi kencing prolaps
- Jangkitan salur kencing
- Urethral stricture- penyempitan uretra dan memberi kesan kepada aliran air kencing dari pundi kencing.
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Berdasarkan senarai penyakit diatas, pemeriksaan fizikal dan maklumat lengkap adalah diperlukan bagi menentukan sesuatu penyakit. Bagaimanapun, sebahagian besar wanita muda mengalami masalah jangkitan pada saluran kencing. Penjagaan kebersihan yang mantap serta minum air secukupnya setiap hari berupaya mencegah masalah ini daripada berlaku.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.