
Sulit
4 tahun
Kentut Vagina semasa melakukan hubungan seks
sy ibu beranak 1 … mengalamiasaalah kentut vagina semasa melakukan hubungan seks … bagaimana cara untuk mengatasinya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, vaginal flatulence ataupun kentut vagina adalah tidak merbahayakan. Ia adalah normal untuk mempunyai kentut vagina. Secara amnya, kentut vagina boleh berlaku disebabkan udara yang terperangkap di dalam faraj sewaktu memasukkan benda ke dalam faraj. Antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan kentut vagina ialah:
- senaman seperti yoga, mampu regangkan faraj dan memasukkan udara ke dalam faraj
- hubungan seks dan penggunaan mainan seks
- otot bahagian punggung yang lemah
- pembentukkan fistula pada faraj
- prosedur pemeriksaan kesihatan pada kemaluan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih