
Sulit
4 tahun
Kepala berpusing Dan telinga berdesing
Saya wanita berusia 30 tahun. Saya mengambik ubat darah tinggi. Sejak kebelakangan ini kepala saya berpusing Dan saya berpeluh, selain itu telinga kanan saya berdesing. Jika saya ingin tidur, kepala saya berpusing menyebabkan saya takut untuk lelepkan mata. Kenapa ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Vertigo
- Tekanan darah tinggi atau rendah
- Kesan sampingan ubat yang diambil
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala yang dialami.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Maklumat mengenai kepala berpusing dan telinga berdesing seperti yang dinyatakan oleh anda memerlukan siasatan lanjut dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.