
Sulit
4 tahun
Kepala melayang dan mata jadi tidak fokus
Saya wanita dh berkahwin… Berumur 28 tahun… Sejak keblkngn ni kepala kerap melayang… Loya… Pndangan jd tidak fokus Dan kerap buang angin dan sedawa… Dlm sebulan yg lepas sy ade mngambil postinor2… Ada kah ini kesan dr ubt tersebut atau sebaliknya…?? Tq doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pengambil pil perancang tersebut. Kesan sampingan yang biasa adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Namun begitu, tidak dapat menolak kemungkinan bahawa gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain, antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini semakin berlarutan, anda disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.