
mysaadon65
2 tahun
Kepala mula pening ,dan badan berasa sejuk
Tadi saya dikebun dlm cuaca yg terik…selepas itu kepala saya berasa pening dan badan berasa sejuk sejuk hingga sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Dehidrasi (kurang minum air) yang menyebabkan tekanan darah rendah
- Kurang gula - juga boleh menyebabkan pengsan
- Masalah ritma jantung - boleh menyebabkan pengsan akibat tekanan darah rendah
- Masalah otak seperti sawan akibat kurang vitamin, kurang aliran darah, jangkitan kuman atau tekanan dari cecair otak
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.