
Sulit
3 tahun
Kepala pening di bahagian kanan
Umur saya 37 dan semenjak bulan 4saya sering mengalami sakit kepala dan rambut saya selalu gugur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami faham bahawa anda mengalami masalah pening kepala pada bahagian kanan disertai dengan sakit kepala dan rambut gugur. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Tekanan atau stres
- Kurang zat thiamin atau vitamin dalam diet
- Kurang berehat dan tidur
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Tekanan darah tinggi
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
- Migrain
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.