
syimasyima453
2 tahun
Kepala terasa melayang
Salam,.dokter sy nk tnya kenapa kepala sy rasa macam melayang2 dan mual2?bila tido gerak ke kiri ke kanan kepala rasa melayang2…kalo bagun brjlan ok tp masa tido ja rasa kepala melayang2??knapa yea…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sebelum menjawab kepada soalan anda dengan lebih lanjut, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- adakah anda rasa seperti kawasan sekitar anda berpusing?
- adakah rasa pening berlaku semasa anda berdiri secara tiba tiba/melakukan sebarang aktiviti tiba tiba?
- adakah anda mengalami simptom lain seperti penglihatan kabur dan sebagainya?
Secara umumnya,antara punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami adalah:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Sekiranya anda mengalami gejala ini berterusan sila rujuk ke klinik dengan segera.Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih