
Sulit
4 tahun
Kepala terasa sakit apabila saya tunduk
saya remaja berumur 18 tahun sejak 5 / 6 hari yang lepas saya sering mengalami tekanan pada kepala apabila saya tunduk atau sujud

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan ia kemungkinan bukan masalah kesihatan yang serius. Antaranya:
- Keradangan sinus- kondisi ini menyebabkan sakit kepala semakin teruk sekiranya anda menunduk.
- Migrain- sakit kepala migrain ini sering disebabkan oleh beberapa jenis makana, cahaya, kurang tidur atau menunduk
- Dehidrasi
- Sakit kepala ketika batuk- menunduk juga boleh menyebabkan sakit kepala
Sekiranya anda mengalami sakit kepal disertai dengan simptom berikut, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor.
- Simptom sakit kepala yang baru, bebeza dari biasa atau berpanjangan
- Masalah penghilatan
- Sakit kepala berpanjangan disertai muntah dan cirit birit
- Sakit kepala berpanjangan disertai demam
- Masalah neurologi seperti masalah cognitif, lemah otot, sawan atau perubahan status mental
Namun begitu, berikut hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.