Sulit
4 tahun
Kepala zakar merah dan kedut
Doc, kepala zakar saya terdapat kemerahan dan berkedut dikawasan merah tersebut.di bahagian kulup bawah kepala zakar terasa gatal.bagaimana cara selesaikan masalah ini???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengapa anda mengalami masalah tersebut. Berikut merupakan antara sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Jangkitan salur kencing
- Jangkitan kelamin atau sexually transmitted infection
- Penjagaan kelamin yang kurang bersih
- Jangkitan bakteria, kulat atau virus
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah pandangan kami secara am. Sila berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan pemeriksaan menyeluruh dapat dibuat terhadap anda dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Untuk menjawab soalan anda, untuk menyelesaikan masalah anda yang hadapi, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami yang bertauliah, terima kasih.

































