
Sulit
3 tahun
Kepala Zakar Merah dan kulit koyak
Saya lelaki dan tidak sunat. Saya mengalami masalah kepala zakar saya merah dan koyak oada permukaan zakar. Adakah ini sebab saya kuat onani. Mohon bantuan

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan kami memahami anda mempunyai kemerahan dan kulit yang koyak pada zakar. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kecederaan pada zakar
- Balanitis (jangkitan pada kulit zakar)
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat perkara yang serius dan memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin
- Ekzema
- Psoriasis
Oleh itu, kami sarankan anda untuk menghubungi doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor