Sulit
6 tahun
Kepala zakar sakit dan kemerahan
Saya lelaki berumur 27 thn dan mempunyai anak 2 org. 6 bulan sekali sy akan terkena sakit. Bibir sy akan pecah dan alat sulit merah dan berdarah. Sy tlh mnjalani ujian 2 kali tp jawapan ttp negatif. Kenapa ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, chlamydia, candida
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Sebab ujian itu negatif
- Penggunaan cecair yang diuji tidak tepat
- pernah mengambil ubat merawat jangkitan kelamin
- Mesin Ujian rosak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































