
faizzaidi50
5 tahun
Kepala zakar terasa pedih
Saya seorang lelaki berumur 21 tahun , sejak 2 hari yang lepas ketika saya ingin membuang air kecil saya mula merasai rasa pedih di saluran air kencing saya , saya juga mendapati ada seperti cecair putih yg keluar dari saluran yang sama. Boleh saya tahu apakah penyebabnya dan adakah ia agak serius ? Saya hanya rasa pedih ketika membuang air kecil sahaja, saya harap doktor dapat membantu masalah saya ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Batu karang dalam saluran kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Penyakit kelamin
Segera berjumpa doctor jika:
- Demam
- Susah atau kurang kencing
- Kencing berdarah
- Sakit abdomen
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.