
Sulit
5 tahun
Kepastian tidak mengandung
selepas melahirkan anak czer, saya telah memasukkan implanon di lppkn namun tidak melakukan ujian hcg.
saya ada bersama dengan suami sebelum memasukkan impanon dan ada keluar darah beberapa minggu selepas itu.
Staff di sana mengatakan tidak perlu buat hcg cek darah.
Namun, selepas 1 tahun aktif bersama suami, saya berasa loya, lesu dan paling ketara period sebulan 2 kali iaitu secara anggaran 17 hari.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan kitaran haid terganggu dan tidak teratur, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tentang implanon anda yang belum dibuka selepas 3 tahun, ia juga boleh menjadi punca kitaran haid anda mengjaid terganggu. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan mengeluarkan implanon anda segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.