
Sulit
3 tahun
Kepedihan dikawasan kemaluan sehingga mengganggu aktiviti seharian saya
Saya lelaki 29 tahun…kulit dibahagian zakar saya kering dan menggelupas dan sedikit gelap…rasa sakit hingga ke dalam zakar…jika sakit rasa nak kencing jadi terganggu…semasa tidur juga zakar sering ereksi dengan sendiri hingga terasa sakit…apa yang berlaku

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Dehidrasi- menyebabkan kulit menjadi kering
- Kecederaan lama pada alat sulit
- ekzema
- Masalah kesihatan lain yang menjejaskan kelembapan kulit anda.
- produk pencuci yang tidak bersesuaian
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor kami. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.