Sulit
4 tahun
Kepedihan dikawasan kemaluan .sehingga mengganggu aktiviti seharian saya
Saya lelaki 29 tahun…kulit dibahagian zakar saya kering dan menggelupas dan sedikit gelap…rasa sakit hingga ke dalam zakar…jika sakit rasa nak kencing jadi terganggu…semasa tidur juga zakar sering ereksi dengan sendiri hingga terasa sakit…apa yang berlaku ya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kesan alahan pada sabun atau pakaian
- Kebersihan yang kurang memuaskan
- Kecederaan pada kemaluan
- Jangkitan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































