
Sulit
4 tahun
Kepenatan,pening,pengsan
Hi dr, saya mengalami cepat penat apabila melakukan aktiviti seperti apabila saya memasak di dapur saya akan rasa pening dan rasa macam nak pitam. Pagi tadi saya berkebun taksampai 30minit saya sudah berpeluh peluh dan kepala saya pening macam nak pitam. Adakah disebabkan anemia tetapi saya pernah menderma darah? Saya ada membuat penilaian kesihatan dan senarai suplemen yg di suggest adalah upha folic acid 5mg tablet

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala dan cepat penat. Untuk makluman anda, masalah pening kepala dapat berpunca oleh beberapa perkara, seperti:
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
- vertigo
Anda rasa pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan anda di atas, sekiranya anda berasa seperti hendak pitam, anda dinasihatkan untuk berehat sebentar daripada aktiviti yang mungkin anda sedang lakukan. Anda juga dinasihatkan untuk makan makanan seimbang dan pengambilan air yang cukup (8 gelas sehari) setiap hari. Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda disyorkan untuk pergi berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut untuk rawatan yang tepat. Bagi mengenal pasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Berkenaan tentang folic acid 5mg tablet, ianya merupakan sintetik vitamin B kompleks yang diperlukan untuk tubuh seperti untuk pembentukan DNA dan sel darah marah. Doktor anda akan mengesyorkan beberapa ubat serta rawatan bagi anda sekiranya penyebabnya sudah berjaya dikenalpasti.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala.