
azatul.wahab
5 tahun
Keperluan Ujian Saringan Covid-19 bagi mereka yang tiada gejala
Saya salah seorang yang menghadiri majlis bersama kes-kes positif sebelum mereka disahkan positif pada 1 Mac dan 3 Mac. Namun sehingga hari ini saya tiada gejala demam, batuk atau sesak nafas. Saya sudah melakukan teknik pernafasan 10 saat dan masih ok. Cuma hari ini, saya ada rasa sedikit ketidakselesaan pada tekak a.k.a tekak terasa kering, batuk sesekali dan mengalami mild headache serta lenguh pada sendi-sendi.
Adakah saya patut menjalani saringan Covid-19 memandangkan kenyataan media KKM pada 3 Mac ada menyatakan yang majoriti kes yang disahkan tidak mempunyai gejala Covid-19?
Atau hanya mereka yang telah mempunyai gejala sahaja dibenarkan untuk membuat ujian saringan tersebut?
Adakah cara / platform lain untuk saya mendapatkan ujian saringan selain ke Hospital Sg.Buloh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sebelum membuat keputusan untuk merujuk ke mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut mengenai COVID-19, anda disarankan untuk klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
- Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini