nfahanajamil
5 tahun
Keperluan untuk kuarantin covid 19
Adik saya merupakan contact rapat kepada pesakit positive COVID19. Sekarang dia sedang kuarantin selama 14 hari. Keputusan swap test dia masih belum keluar. Saya tinggal serumah dengan dia. Adakah saya perlu kuarantin juga sebelum result dia keluar? Atau saya boleh pergi bekerja seperti biasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berikutan wabak COVID-19 yang melanda dunia, justeru kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini.
Untuk makluman anda, antara individu yang perlu dikuarantin adalah individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit covid-19 (positif ujian covid). Maka dengan situasi anda, sekiranya anda tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak rapat kepada individu yang positif ujian covid-19, anda tidak diwajibkan untuk kuarantin.
Dalam waktu yang sama, anda dinasihatkan untuk terus memantau kesihata diri anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































