
Sulit
5 tahun
Keperluan untuk melakukan saringan Covid 19
Salam & Selamat pagi. Saya mempunyai gejala-gejala seperti batuk & sakit tekak namun begitu gejala ini sudah dialami sebelum lawatan ke korea iaitu semenjak 13/1/2020. Lawatan ke seoul, korea adalah pada 7-13/2/2020 iaitu sebelum datangnya gelombang dimana bilangan yang dijangkiti di sana meningkat secara mendadak. Kini sudah melebihi 14 hari tapi batuk saya masih berterusan. Mohon pencerahan sekiranya saya perlu untuk melakukan saringan di hospital yang berkenaan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Memandangkan anda telah berkunjung ke negara yang mempunyai jangkitan COVID19 yang tinggi, anda disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang gejala yang anda hadapi. Klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
- Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Masalah batuk dan sakit tekak boleh disebabkan perkara selain daripada COVID-19:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini