
Sulit
4 tahun
Keputihan atau darah haid?
Saya berumur 20 tahun ingin bertanya. Cecair berwarna coklat cair dan tidak berbau, yang keluar sebelum keluarnya darah haid, dikira keputihan ataupun haid?
Cecair tersebut keluar agak byk pada waktu pagi, tetapi hanya sedikit pada waktu tengahari dan ptg. Dan tidak keluar pada waktu malam. Kemudian pada tgh mlm, darah haid pula yang
keluar. Jadi, adakah cecair coklat yang tidak berbau itu
keputihan atau haid?

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluarnya cecair coklat dari faraj. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya:
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui rawatan untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang pendarahan coklat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!