Anonymous
6 tahun
Keputihan berbau dn kegatalan
sy seorang surirumah (39tahun) sepenuh masa dan mempunyai 4 orang anak…akhir2 ini sy merasa gatal yg amat sangat di miss v sy,dan keputihan mcam seakan2 wrna kelabu asap pada hari yg sama dan ini adalah pekara petama berlaku kegatalan miss v,sy musykil dan tertanya2 apakah punca kegatalan dn keputihan itu di sebabkan sy mengamalkan jamu ataupun suplemen…dan sy research google mengenai masalah ini dan mgkn jga slah satu tanda penyakit kelamin spt trikomoniasi…nk katakan sy betukar pasangan atau mempunyai lebih dri 1 pasangan memang jauh sama sekali…sebab sy hnya bersama dengan suami sahaja…sy sudah melakukn pap smear di klinik kesihatan pertengahn julai tapi masi belum menerima panggilan lagi…dab sekrang sy lagi runsing bila miss v sy berbau hamis semasa melakukan hubungan intim bersama suami dan sy jadi lagi resah gelisah dan kebingungan…sebab ini adalah pertama kali berlaku…sy buntu sngat2…nk pergi ke klinik swasta sy takut caj terlalu mahal…so sy nk tau punca sebenar…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan yang anda alami boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia/gonorrhoea
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, anda boleh mengambil beberapa langkah seperti:
- Pemakaian krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































