Sulit
4 tahun
Keputihan bercampur darah berwarna coklat
sy dah 2 kali masuk wad. Pertama masuk sebab darah berwarna coklat. Kedua warna merah. Tapi hanya dapat keluar awal sebab hanya sehari sahaja berlaku pendarahan itu. Selepas Jumpa pakar dia mengatakan ia tidak berpunca pada uri tapi ad satu benda yg berdekatan dengan uri, Dan semalam sy hampir dithn tuk kli ke 3 (sbb ada akan perjumpaan dgn doktr pakar semula) tp sy nk blik Dan doktr bg sy satu ubat keputihn. Malam td sy masukn, pg ni ada sedikt ketulan darah hitam dh merah. Jadi soalan sye adakah ketulan itu disebabkan ubat keputihn atau bnda lain? Sy dah 32mnggu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan coklat yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
MUntuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.