Anonymous
5 tahun
Keputihan berdarah (berwarna coklat)
Saya wanita berusia 35 tahun… Masih bujang dan tidak pernah berkahwin… Saya mengalami masalah iaitu awal nya keluar keputihan berwarna kuning dan berbau, kemudian semakin berwarna hijau juga berbau… Dan sekarang keputihan saya seperti keputihan selepas habis period iaitu berwarna coklat… Dan ia kerap terjadi walau bukan selepas habis period… Ia juga menyebab kan sakit di pingang dan bahagian ari sy setiap kali ia keluar… Soalan sy, adakah ia sudah kritikal dan perlu rujukan doctor atau boleh selesai kan dgn makan ubat?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keputihan coklat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca puan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada puan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih























