Sulit
2 tahun
Keputihan berdarah dan ketulan darah
Saya remaja perempuan yang berusia 17 tahun dan belum melakukan hubungan seks. saya mendapati ada keluar keputihan bercampuran darah yang tidak berbau. Kemudian, terdapat ketulan darah beku keluar selepas saya basuh air kencing. Kadang kala saya mendapati ada sedikit darah di panties saya. Period saya belum keluar untuk bulan ini. Fajar saya tidak gatal. Adakah ini normal sebelum mendapat period?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat tekanan emosi, keletihan atau aktiviti lasak
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Policystic ovari
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah berat badan berlebihan
- Masalah darah cair
- Penggunaan ubat - ubatan
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.