
Sulit
4 tahun
Keputihan berdarah dan x menyenangkan
Saya wanita berusia 30 tahun. Saya sudah berkhawin dan mempunyai 2 org anak. Saya mmg ada masalah haid x menentu. Dan sekarang ni saya mengalami keputihan berdarah selama 2 bulan. Saya x mempunyai kekuatan utk berjumpa doktor ttg masalah yg dihadapi. Apakah punca keputihan berdarah ini berlaku?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa lagi informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai beberapa gejala yang berlaku serentak, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Umumnya keputihan merupakan kelainan yang disebabkan oleh jangkitan pada alat kelamin, keputihan fisiologi atau penyakit yang lain seperti pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik.
Manakala gangguan perdarahan & haid pula merupakan kondisi yang boleh dikaitkan dengan
- Peningkatan ketidakstabilan hormon
- Masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - Penyakit-penyakit organ wanita yang lain seperti
- Gangguan hormon yang lain
- Kesan sampingan pil atau suntikan perancang keluarga
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.