Sulit
4 tahun
Keputihan berketul semasa mengandung
dokter boleh ke saya korek buang keputihan semasa awal mengandung ? keputihan saya berketul ketul tpi x ada bau , adakah ia berbahaya kepada bayi yang sya kandung ? saya sangat risau .adakah bayi sya akan terkena penyakit ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keputihan yang normal adalah berwarna putih dan tidak mempunyai bau yang nyata. Tanda-tanda discaj yang tidak normal termasuk perubahan warna, bau, jumlah, atau konsistensi dari apa yang biasa untuk anda. Sebilangan bau faraj adalah normal. Sekiranya bau itu kuat dan ketara, jangkitan atau masalah lain mungkin menjadi punca. Jika anda merasakan bahawa anda perlu menutup bau, anda mungkin mempunyai keadaan perubatan yang memerlukan rawatan. Spray, deodoran, dan douches (mencuci dengan air) tidak disyorkan dan boleh membuat keadaan menjadi lebih teruk. Klik link ini (keputihan semasa hamil) untuk mengenalpasti sifat keputihan anda. Justeru, sekiranya anda berasa terganggu, sebaiknya merujuk ke doktor agar dapat diperiksa lanjut dan diberikan perawatan yang sesuai.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.