Sulit
6 tahun
Keputihan bewarna coklat gelap
Saya wanita yg berumur 20 tahun dan sya mempunyai keputihan yg bewarna coklat gelap
Sya mula menyendari bila bagun dri pagi pergi ke toilet dan sya perasan yang ada cecair yg mcm keputihan tapi bewarna coklat. Adakah itu normal bagi seorang perempuan selepas makan jamu atau minum jamu…adakah jamu itu sndri cuba cuci segala kotorn yg ada selepas period berakhir? Harap info yg diberi dpt membantu dan mncri jalan penyelesian untuk berjumpa dokter ataupun tidak . Mohon ulasan untuk perkara yg sya alami ni. Tq 
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































