
Anonymous
5 tahun
Keputihan coklat Di awal kehamilan
Selamat pagi doktor, Sy ingin bertanya, Sy Hamil Sebln, Tp keluar keputihn berwarna coklat, , Sy jgk ambil asid folic semasa Hamil, utk maklumat doc, Sy Sblm ni pernah Jgk keguguran, adakah ia tnda2 keguguran? Sy sgt2 risau…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, keputihan coklat atau spotting di awal kehamilan (<22 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- implantasi
- keguguran
- ectopic pregnancy (kandungan luar rahim)
- molar pregnancy
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan terjadi, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.