
Sulit
4 tahun
Keputihan dan cecair berwarna kuning
saya wanita berumur 28 tahun dan dah berkahwin.Sejak awal tahun ni saya
dapati keputihan saya berketul2 dan gatal…seminggu selepas haid saya
akan didatangi cecair kuning yang berbau hanyir dan sgt kuat… ketika
bersama suami juga dia akan mengadu perkara yg sama…boleh bg pndangn
doktor? terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Sebenarnya, keputihan di bahagian kemaluan adalah sebuah perkara yang biasa, terutamanya jika ia berlaku sebelum atau selepas haid. Akan tetapi, jika keputihan itu berbau dan menyebabkan kegatalan, sepertimana yang cik adukan, kemungkinan besar ia adalah kerana jangkitan yis atau bakteria di kemaluan (vagina). Seorang wanita yang sihat akan ada bakteria dan yis tumbuh di vagina. Bakteria ini akan berfungsi untuk membunuh organisma yang berbahaya untuk wanita. Untuk individu yang sihat ini, dia tidak akan mengalami apa-apa simptom. Namun demikian, apabila keseimbangan itu hilang, yis akan berganda dan menyebabkan simptom-simptom seperti yang cik mengadu di atas.
Terdapat banyak sebab yis boleh berganda di kemaluan. Untuk contoh, stress, kencing manis, hormon tidak seimbang kerana mengandung ataupun menggunakan pil perancang, dan juga penggunaan antibiotik lebih dari 10 hari…
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.