Sulit
3 tahun
Keputihan dan kegatalan yang berterusan
Saya wanita berumur 23 thn bujang, kebiasaannya saya akan mengalami keputihan dan kegatalan 2 minggu sebelum saya period, saya last period hujung bulan oktober 2020, Tetapi sampai sekarang saya masih belum kedatangan period namun keputihan dan kegatalan saya alami berterus semenjak hujung bulan november 2020 lagi sehingga kini, apa yang perlu saya lakukan, apakah ubat yang sesuai di farmasi yg boleh mencegah masalah saya ini, saya semakin hari semakin runsing
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar cecair berwarna putih dan gatal di kawasan kemaluan. Untuk makluman anda, gejala seperti ini atau keputihan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Bagaimanapun, kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Bagi menjawab persoalan anda, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan kami tidak galakkan anda untuk membeli ubat sendiri untuk masalah keputihan ini kerana kami bimbang keadaan boleh menjadi lebih teruk.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.