Sulit
4 tahun
Keputihan dan titisan darah
sya seorg wanita…sya ada kputihan yg dh jd wrna kuning…prnh mkn antibiotik dan ubt masuk dlm vagina…dan brkurangn…tp msih kuning…mslhnya lps period ari ke 11 ke 13 sya ada keputihan brcmpur darah fresh tp sikit sgt…bln lps pn sma…dlm dua ari jgk
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan dan titisan darah yang anda alami boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan penyakit kelamin - jika ada melakukan seks bebas
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah penjagaan kemaluan boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.