
balqismtun
5 tahun
Keputihan Jernih Berlebihan Selepas Bersalin
Saya wanita berumur 27 tahun dan baru melahirkan anak pertama di bulan Julai lalu. 2 hari lepas, saya mendapati lendir/keputihan jernih berlebihan di siang & malam hari berterusan hingga ke hari ini. Saya ingin bertanya adakah itu normal? Itu saja. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Sekiranya keputihan itu jernih dan tidak berbau, ia boleh menjadi normal. Walaubagaimanapun, sekiranya keputihan itu berbau, menyebabkan kegatalan faraj, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.