
rosemany094
5 tahun
Keputihan pekat hijau
Sy mengalami keputihan teruk warna kuning kehijauan pekat serta Sgt berbau. Sy sdh berjumpa doktor untuk mengenal pasti apa masalah tersebut dan cara penyelesaian nya dgn mbuat ujian darah, pap smear dan keputusan negatif.dan Sy sdh mkn ubat yg doktor beri. Tetapi keputihan ni masih ada. Apa yg perlu sy lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, salam sejahtera.Terima kasih atas soalan anda.
Keputihan yang tidak berbau selalunya adalah normal. Namun begitu jika ia berbau dan menyebabkan kegatalan, ia boleh disebabkan oleh masalah seperti jangkitan. Antara penyebab masalah keputihan yang tidak normal adalah:
- Jangkitan Kulat
- Jangkitan Chlamydia atau Gonorrea
- Bakteria Vaginosis
- Radang pada faraj
- Wanita yang menghidap diabetes juga boleh mengalami keputihan lebih banyak
Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah anda :
- Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
- Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
- Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
- Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
- Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor. Begitu juga collagen
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
- Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.