
shereenezaini
5 tahun
Keputihan selepas bersalin
Saya berumur 31 tahun dan baru 2 bulan melahirkan ketiga melalui Cesarean. 2 minggu selepas saya bersalin, saya menjalani satu pembedahan disebabkan oleh Bartholin Cyst. Darah nifas telah habis keluar tapi sekarang ni keluar keputihan yang berbau. Saya khuatir jika ini dikira masih tempoh nifas (hari ke 59) ataupun masalah keputihan yang lain. Mohon pandangan doktor. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, keputihan merupaka perkara biasa bagi para wanita. Namun begitu, anda mungkin memerlukan rawatan:
- Apabila keputihan anda berwarna kuning, hijau atau coklat.
- Apabila keputihan anda mengeluarkan bau busuk seperti bau hanyir (BV).
- Apabila keputihan anda menyebabkan gatal-gatal dan kemerahan pada kulit faraj.
- Apabila keputihan anda disertai dengan pedih ketika kencing atau semasa melakukan hubungan seks.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.