
Sulit
4 tahun
Keputihan tidak selesa, berbau busuk
Salam dan selamat sejahtera.
Dr, saya merupakan seorang wanita bujang berumur 26 tahun. Akhir2 ini,saya sering mengalami masalah keputihan yang teruk. Keputihan saya bersifat cair Dan berbau busuk, berwarna putih, kadang2 sedikit kuning cair, serta boleh menyebabkan kegatalan yang sangat tidak selesa.
Apakah yang saya boleh lakukan untuk masalah saya ini doktor?
Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan. Untuk makluman anda, keputihan dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan adalah diperlukan daripada anda. Namun, terdapat beberapa kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih