
Anonymous
5 tahun
Keputihan yang berbau hanyir ikan
Saya seorang perempuan berusia 20 tahun. Saya ingin tau adakah cecair yang seperti cheese yang melekat di celah dinding kemaluan itu normal? Tetapi cecair ini agak berbau seakan akan bau hanyir ikan. Adakah keadaan ini serius? perlukah untuk saya ke klinik untuk berjumpa doktor atau boleh dapatkan ubat di farmasi? Adakah boleh untuk pulih? Apakah punca ia terjadi? Apa kah ubat yg sesuai? Mohon pejelasan segera, kerana saya akan berkahwin tidak lama lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Keputihan yang keluar dari faraj mempunyai pelbagai punca antaranya ialah:
- Keputihan fisiolgi
- Vaginosis bakteria (bacterial vaginosis)
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Antara langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk mencegah keputihan yang bukan disebabkan penyakit jangkitan seksual adalah seperti:
- Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Namun jika terdapat gejala-gejala tambahan seperti kegatalan, demam serta sakit ketika membuang air anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor segera. Anda juga boleh merujuk masalah ini dengan lebih lanjut pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.