
Sulit
4 tahun
Keputihan yang keluar ketika melakukan hubungan bersama suami
Hi, sy wanita umur 26tahun dan baru berkahwin. Sy punyai masalah keputihan yang keluar hanya ketika bersama dengan suami. Berwarna putih susu, pekat likat,tebal,tidak berasa gatal atau berbau. Adakah ianya normal? Atau punyai masalah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Bacterial vaginosis
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Vaginitis
- Cervicitis
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Selain itu, keputihan juga boleh menjadi normal di dalam kalangan wanita. Keputihan yang normal kebiasaannya tidak berbau, berwarna keputihan atau jernih dan tidak mendatangkan gejala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh punca lain yang tidak kami sebutkan di atas dan maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui punca masalah yang dialami oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana gejala yang dialami oleh anda memerlukan perhatian dengan segera.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kencing
- Sakit ketika berhubungan seksual
- Sakit perut atau ari-ari
- Terdapat nanah atau cecair berbau keluar daripada faraj
- Gejala mengganggu aktiviti seksual dan harian anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.