
Sulit
5 tahun
Keputihan yang tidak terkawal dan Keluar Darah
Saya seorang pelajar berusia 20 tahun. Sejak kebelakangan ini saya sering menghadapi keputihan yang banyak serta berbau. Malah 1-2 hari kebelakangan ni ada keluar darah, tidak banyak tapi kerap. Jadi boleh saya tahu apa puncanya keluar darah ya? Dan boleh saya tahu cara2 untuk mengawalkan keputihan ? Ikutkan saya belum period lagi , hari saya period lambat lagi doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan dan bau yang tidak menyenangkan boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.