Anonymous
4 tahun
Keputihan yg bnyak di kemaluan
sy wanita 27 tahun.sjak 2 hari ni sy mngalami gatal2x d bhgian kemaluan…perih bila kencing…dan sy dpti bnyak kputihan d dlm kmluan sy …bukan lendir…ia mcm kpas basah yg kecil2x bkumpul dlm kmluan sy…skrg sy tak tahu nk buat mcm mna…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda keputihan biasa terjadi secara normal kepada wanita, namun keputihan yang disertai sakit ketika kencing, gatal-gatal dan keputihan yang banyak boleh berpunca daripada masalah seperti:
- Jangkitan yis (candidiasis)
- Bacterial vaginosis
- Radang faraj
- Jangkitan penyakit kelamin yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.