Sulit
6 tahun
Keputihan yg mengakibatkan bengkak
Sata wanita dalam 20an dan sy baru sahaja mendirikan rumah tangga 3 bulan lalu . Sy mengalami keputihan yg begitu banyak berbau . Selepas beberapa hari keputihan sudah tidak lagi banyak dan bau sudah tiada . Tetapi selepas melakukan hubungan dgn suami selang 2 hari alat sulit sy mula membengkak , luka dan seperti ada ulser di alat sulit sy . Ini pertama kali berlaku pada diri saya . Amat sakit sekali dan pedih apabila membuang air kecil atau terkena air .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan gejala ulser di vagina. Antaranya:
- Jangkitan yis atau dikenali sebagai kandidiasis
- Jangkitan kelamin yang lain
- Bacterial vaginosis yang biasanya disertai keputihan berwarna kelabu dan faraj berbau hanyir
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.



































