
Sulit
4 tahun
Keputusan Ujian Darah
Hai doktor!
Haritu saya ada bawa bapa saya buat ujian darah. Keputusan darah ayah saya agak membimbangkan.
ESR - 18 (range 0-10)
Creatinine - 119 (range 62-115)
E-GFR - 54 (range >60)
Triglycerides - 3.7 mmol/L (range <1.7)
Triglycerides - 327 mg/dl (range <150)
Soalan saya,
- adakah result ini dikategorikan sebagai bahaya?
- Macam mana untuk mengawal pemakanan ayah saya untuk normalkan balik bacaan darah yang lebih dari sepatutnya?
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan maklumat keputusan darah yang diberikan, ayah encik mungkin menghidap penyakit kolesterol. Namun, saya tidak boleh memberikan kesimpulan lebih mengenai keadaan ayah encik kerana tiada maklumat kesihatan lanjut.
Secara amnya, masalah kolesterol tinggi boleh dielakkan melalui beberapa cara.
Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Contoh sumber lemak tepu ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan segera, makanan bergoreng dan produk bakeri.
Kurangkan pengambilan makanan tinggi kolesterol. Pengambilan organ dalaman seperti hati, jantung dan ginjal perlu dielakkan. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang-kerangan tidak harus diambil secara berlebihan.
Masak dengan minyak sayuran seperti minyak zaitun dan minyak bunga matahari. Tingkatkan pengambilan serat. Serat makanan boleh membantu menurunkan tahap kolesterol. Sumber serat yang baik termasuk hasil bijirin mil penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.