
Sulit
5 tahun
Keputusan ujian hiv di lab
Baru ini saya ada melakukan ujian darah hiv di lab dan keputusannya adalah hiv 1&2 not detected adakah maksud nya negative? Ujian di lakukan setelah setahun aktiviti berisiko dan kali pertama melakukan ujian darah adakah saya perlu mengulangi ujian lagi sekali?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini bermaksud tiada virus HIV yang dapat dikesan dalam darah anda. Tiada kewajiban untuk anda mengulangi ujian ini melainkan anda melakukan aktiviti berisiko tinggi lagi. Oleh itu, anda disarankan untuk mengelakkan berkongsi jarum suntik atau melakukan seks tanpa perlindungan dengan sesiapa yang anda tidak kenali.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.